Monday, August 13, 2012

Doa Seorang Hamba

Assalamualaikum w.b.t..

Menyusuri kehidupan...kita masih seorang hamba..
Susah, senangnya semua ditentukan Allah swt..
Justeru, usahlah kita alpa pada Yang Maha Pencipta, Yang Maha Penyayang..
Tuturan kalimah doa, bukan sekadar satu permintaan..
Namun, besar pengertian sebagai tanda kasih sayang antara Rabb dan Ibad nya...


"Dan apabila HAMBA-HAMBAKU bertanya kepadamu tentang AKU..Maka SESUNGGUHNYA AKU ini DEKAT..AKU MENGKABULKAN permohonan orang yang berdoa apabila DIA BERDOA padaKu.." (2:186)


Semoga tiap cebis rezeki kurnianMu penuh keberkahan dan melimpah menyenangi hati hambaMu...ameen...

P/s: Alhamdulillah, tadi selesai 2 delivery cheesecake...semoga kegembiraan buat yg menikmatinya ^-^
Read More...

Monday, August 6, 2012

Sweet Berry yang Osem

Assalamualaikum w.b.t

Lepas zohor tadi ke bandar KB, buat delivery Chocolate Ganache Cheesecake untuk seorang pelanggan. janji bertemu dihadapan Billion. Bukan ape, niat asalnya nak ke kedai Sweet Berry Trading betul2 berhadapan Billion.

Sweet Berry ni memg osem lah...

Andailah kedai ni ada kat Kuantan, gelap mata seronok sangat tengok alat-alat baking nya.. Tengok bahan-bahan kek and cookies yg pelbagai... Fuuuu, memg sungguh osem.

Ngape la kat Kuantan ni kedai bahan kek kecik2 ajer. Tak maju yer Kuantan nih.. Memang ye pun. Sedih....T-T


Sempena nak raya ni, penuh sesak juga lah kedai Sweet Berry ni. Ramai rupanya peniaga kek sekitar KB ni. Siap ada bayar guna MasterCard lagi. Kayo-kayo orang kelate ni deh. ^-^

Semoga murah la rezeki kite semua di Ramadhan mulia ini. Ameeen..
Read More...

Sunday, August 5, 2012

Raya SALES !!!

Assalamualaikum w.b.t

Credit to: Hush Puppies

Menghampiri akhir Ramadhan, Dr's Bakery melancarkan Raya Sales..

Disamping mengejar SALE akhirat kan ^-^

TAWARAN DISKAUN HEBAT !!

1 Mini/Mama Cheesecake - 5% diskaun
2 or more Mini Cheesecake - 6% diskaun
2 or more Mama Cheesecake - 7% diskaun

*Available only in Kuantan from 9-16 August 2012
-Please contact 013-6280584 for order now! TQ ^-^
Read More...

What is a real CHEESECAKE?

According to Barbara Ann Kipfer's The Culinarian: A Kitchen Desk Reference,

"Cheesecake is a dessert consisting of a layer of sweetened soft cheese mixed with cream, sugar, eggs, and flavorings and set in a cracker-crumb or pastry base." 
Basic ingredients: cream cheese, sugar, eggs, whipping cream, vanilla
(NO FLOUR AT ALL!!)

Technically, cheesecake is a pie or custard, not a cake at all. The texture of cheesecake is extremely rich and creamy, and the taste can range from sweet to highly tangy.

Sooo creamy !!
Cheesecakes can be broadly categorized into two basic types: baked with added eggs and unbaked with added gelatin.

It is typically served chilled, and may be topped with fresh fruit, glazes, or whipped cream. Allowing cheesecake to chill for a day will create a dessert with a rich, mature, complex flavor. 

Gambar hiasan ^-^
Lastly, when serving cheesecake, take it out of the refrigerator until it reaches room temperature. Use a long slicing knife dipped in hot water to keep the knife from sticking as you slice. Slice with long, smooth strokes. Finally, enjoy! And don't eat it all by yourself. Sharing is caring.


(see as: eating cheesecake together)
Salam Ramadhan ^-^

Read More...

Saturday, August 4, 2012

Sejarah Manis Dr's Bakery


Assalamualaikum w.b.t.

Mengenang sejarah sebenarnya suatu yg indah, terutama apabila ia berkisar tentang perjuangan kehidupan. Mungkin tidak indah utk yg membacanya, namun cukup indah utk yg turut serta dalam calitan sejarah tersebut.

Pengusaha Dr's Bakery adalah pelajar Tahun 5 Kuliyyah of Medicine, IIUM Kuantan. Dilahirkan dalam keluarga serba sederhana penuh kebahagiaan milik emak dan ayah. Kesederhanaan hidup keluarga mendidik saya dan adik-beradik erti berdikari. Hampir semua dari kami memiliki perniagaan masing-masing (ceeewahhhh...macam ada empayar plak. hehe...ameeen)

Saya mendirikan rumahtangga seawal usia 19 tahun (mengikut IC), melahirkan puteri pertama di usia 20 tahun dan putera pertama di usia 23 tahun. Suami juga seorang pelajar seperti saya. Segalanya mengajar diri erti hidup berdikari, agar tidak menyukarkan ibu bapa dan tidak menjadi fitnah kepada masyarakat.

Emak suka menyediakan hidangan kek buat kami adik-beradik dari air tangan beliau. Alhamdulillah, dapatlah sedikit diwarisi keistimewaan emak. Lantas, BAKING CAKES menjadi pilihan hati sebagai PERNIAGAAN punca rezeki kami.

Tahun 2009 kami bermula dengan CUPCAKE CHOCOLATE dan KEK COKLAT, menjadi kegilaaan rakan-rakan di IIUM (hehe..over). Tahun 2011 kami mula menghasilkan KEK BATIK.  Seterusnya tahun 2012 ini, kami mula mengusahakan tempahan CHEESECAKE. Seorang rakan (Annisa Balqis) membuahkan idea agar diberi nama kepada perniagaan kami. Maka tercipatalah brand Dr's Bakery (brand lagi tu...hehe).

Bagi mengembangkan perniagaan, saya membuat page FB Dr's Bakery. Dan kemudian blog Dr's Bakery hasil sentuhan kakakku Ummiey Mithaliey.

Saya bukanlah penggemar kek, namun saya gembira melihat wajah insan-insan yang tersenyum menikmati hidangan hasil masakan saya. Terutamanya suami, anak-anak dan famili.

Saya bercita-cita suatu hari nnti utk membuka rangkaian kedai Dr's Bakery di seluruh tanah air. Setapak demi setapak dengan harapan muslim bakery menjadi pilihan masyarakat.

Semoga Allah memberkati usaha ini. Dan mengurniakan kejayaan (kelulusan) dalam Professional Exam 2013 ini, yang dengannya saya dan suami bakal bergelar DOKTOR dengan Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan. Doakan yer. ^-^
Read More...
 

Copyright © 2012 Dr's Bakery | Design by Ummiey Mithaliey | Theme by Tadpole's Notez